Sunday, December 14, 2008

Keputusan Mileage Test 02

Pada harga petrol terkini, RM1.90 seliter. Berikut adalah data kenderaan dan perjalanan. (Tangki minyak diisi penuh dan meter di set kepada '0' selepas bertolak daripada stesen minyak)


Kenderaan = Proton Wira 1.5GL (Auto)
Penumpang = 3 orang dewasa termasuk pemandu
Cell Hidrogen = 4 tabung
Perjalanan = Kota Kinabalu <-> Ranau (pergi balik)
Keadaan perjalanan = KK -> Tamparuli (jalan rata),
Tamparuli -> Ranau (berbukit)
= Penghawa dingin 'on'
Jumlah jarak perjalanan = 252 kilometer
Tangki diisi selepas pulang = RM42.03
Kos per kilometer = RM42.03/252km = 0.1667 sen = RM0.17 sen


Nota:

- Penghawa dingin dihidupkan setiap masa dan cuma 'off' apabila kenderaan menaiki bukit yang terlalu curam dan memerlukan lower gear (gear 2 auto)

- Rasanya jika cuma saya yang memandu dan air-cond 'off' sepanjang pergi balik, kos per kilometer mungkin boleh dikurangkan sehingga 15 atau 14 sen.

- Di Semenanjung Malaysia, dengan jalan yang rata, kenderaan yang serupa, kos per kilometer boleh mencapai 10 sen dan ke bawah. (bergantung kepada kenderaan dan tuning).

- Saya perasan yang gear rendah (gear 2) semakin kurang digunakan. Pickup semasa naik bukit dapat dirasakan. Tapi kalau terlalu curam, pickup tak begitu terasa.



p.s - Data di atas adalah satu fakta dan bukan penipuan. Terpulang kepada anda samada percaya atau tidak.

p.s.s - Sekarang saya dalam usaha meningkatkan penjimatan kenderaan pelanggan saya, Iswara 1.3 daripada 19 sen kepada 15 sen atau mungkin lebih.

Thursday, October 30, 2008

Keputusan Mileage Test 01

Updated: Ahad, 14 December 2008.

Dalam Mileage Test 01, lupa saya nyatakan bahawa keadaan jalan adalah rata perjalanan hanya merangkumi sampai Tamparuli sahaja.

Hari ini saya baru saja buat mileage test 100km dengan dan tanpa hidrogen. Berikut adalah keputusannya.

(Stesen yang saya pergi dan tempat pam minyak yang saya gunakan adalah sama. Jalan yang digunakan juga adalah sama.)

Kereta yang digunakan = Proton Wira (Auto) 1.5GL

Harga petrol = RM2.30

100km tanpa hidrogen = RM17 (16.++ tapi pump attendan bagi genap 17)
100km dengan hidrogen = RM13 (12.45 yang ni pun dia bagi genap jugak)

Caranya ialah saya isi secara auto dan tunggu dia stop secara automatik.

RM17 - RM13 = RM4

RM4 / RM17 x 100 = 23.53%

Kesimpulannya, penjimatan adalah 23%.


Gambar di bawah ialah gambar hidrogen saya yang telah diupdate.

Sunday, August 3, 2008

Hidro Fuel: Produk Jimat Minyak Berasaskan Air

Kota Kinabalu, Sabah: Hidro Fuel ialah produk jimat minyak yang menggunakan hidrogen sebagai pemangkin pembakaran (supplement) untuk memastikan pembakaran yang lebih sempurna. Saya tidak akan menerangkan secara terperinci berkenaan Hidro Fuel sebab ada banyak maklumat yang anda boleh dapat sendiri melalui enjin carian google.

Hidro Fuel: Betul atau Tipu?

"Betul ke boleh jimat minyak?". Ini adalah antara perkara yang mungkin dipersoalkan selepas melihat produk ini. Biar saya ceritakan pengalaman saya tentang apa yang saya tahu tentang Hidro Fuel. Setahun atau 2 tahun lalu saya pernah dapat email dari US yang mempromosikan produk jimat minyak berasaskan air. Produk tersebut ialah 'water4gas'. Saya tidak mempedulikan email tersebut kerana mengganggap ia mustahil dan mungkin berunsur penipuan.

Pengalaman Peribadi

Selepas harga minyak naik mencecah RM2.70 seliter, keperitan amat terasa terutamanya bagi saya yang mempunyai kereta Proton Wira 1.5GL (Auto). Bagi yang tidak mengenali kereta ini, cuba tanya mekanik pakar atau mereka yang arif pasal kereta, mereka pasti beritahu yang kereta tu antara yang paling kuat 'makan minyak. Pada harga RM2.30 sen seliter (Regular), RM10 hanya boleh membawa saya lebih kurang 40KM (sebelum ini saya menggunakan minyak regular tanpa tahu yang ianya untuk motosikal dan kereta lama sahaja).

Selepas beberapa minggu, saya terbaca di akhbar Daily Express, berita tentang produk jimat minyak berasaskan air di Semenanjung. Saya lupa tarikh akhbar tersebut tapi ceritanya adalah sama seperti di sini http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=344948. Saya mengambil keputusan untuk mencuba produk ini tapi tidak secara serius. Hasilnya, melalui test yang saya lakukan, sebelum dan selepas memasang hidrogen, ini ialah apa yang saya dapat.

Sebelum menggunakan hidrogen:
RM10 = 43KM
RM0.23 sen/KM

Selepas menggunakan hidrogen:
RM10 = 49KM
RM0.20 sen/KM

Peratus penjimatan:
RM0.23 - RM0.20 = RM0.03

RM0.03/RM0.23 x 100% = 13.04%
13.04% penjimatan!

Ini adalah permulaan yang sangat baik memandangkan saya;
  • menjangkakan penjimatan tidak akan berlaku
  • pasang produk hidro tanpa tuning enjin yang betul
  • tidak menggunakan pemangkin yang betul dan tidak mengikut sukatan
  • pendek kata, buat 'asal siap'.
Ini ialah gambar pertama produk hidro saya sewaktu membuat mileage test.


Sekarang, menggunakan 4 tabung, kesan amat terasa di mana:
  • Pickup meningkat dengan ketara (pedal minyak hanya perlu ditekan sedikit saja)
  • Jarum penunjuk minyak susah nak turun
Kesimpulan

Kesimpulannya, anda boleh mendapat penjimatan melalui produk Hidro Fuel ini walaupun sedikit. Dengan 2 tabung seperti di atas, kenderaan seperti Kancil dan Proton Wira/ Iswara boleh mendapat penjimatan sehingga 30% - 50%.

Risiko

Setakat ini di Malaysia, tidak pernah ada kes di mana kenderaan rosak atau masuk air akibat menggunakan produk berasaskan air ini. Ingat Hidro Fuel TIDAK SAMA dengan water injection. Kalau anda guna water injection, air boleh masuk enjin dan enjin anda boleh rosak teruk!

Pasang atau Tidak?

Terpulang kepada individu. Anda TIDAK perlu pasang alat ini jika;
  • Anda jarang memandu
  • Kalau memandu pun, jarak dari rumah dan tempat kerja dekat.
Namun, anda perlu pertimbangkan untuk pasang alat ini jika;
  • Anda terbeban dengan harga minyak (walaupun minyak dah turun sekarang tapi harga barang tak turun!).
  • Anda inginkan kenderaan anda lebih jimat daripada sekarang dan lebih pickup.
  • Selalu 'travelling' atau memandu jarak jauh.
Pemasangan Hidro Fuel

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan alat Hidro Fuel, sila hubungi saya melalui:

Victor: email givingmybest@gmail.com
atau call/sms ke 0138850896
Kota Kinabalu, Sabah

(Jika anda ingin memasang alat Hidro Fuel, sila buat temujanji seminggu lebih awal sebab sesetengah alat adalah diimport dari KL dan mengambil masa lebih kurang 3 - 4 hari bekerja untuk sampai)

Buat masa ini, pemasangan hanya untuk kereta Kancil dan Proton Saga/Wira/Iswara (kaburetor sahaja). Kena buat tempahan seminggu lebih awal kerana ada bahan yang harus diimport. Jika bahan tidak mencukupi, saya akan meletakkan nama anda dalam senarai menunggu sehingga barang tersebut sampai.

Harga unit termasuk pemasangan lengkap adalah RM650. Ini merangkumi tenaga kerja pembuatan produk, setup lengkap dan tuning enjin, bahan stainless steel dan bahan lain yang diimport dari KL. Produk dijamin selama 6 bulan.

Mileage Test

Sebelum pemasangan, anda perlu pastikan kereta anda dalam keadaan baik dan sudah diservis. Air filter mesti bersih, vacuum tiada leaking, dsb.

Anda juga perlu buat 'test mileage' sebelum dan selepas memasang Hidro Fuel. Cara buat test mileage adalah seperti berikut;

1. Set penunjuk kilometer kepada kosong '0'.
2. Isi tangki minyak di stesen minyak X hingga penuh (isian pertama).
3. Pandu dengan kelajuan 60 - 80 kilometer sejam.
4. Pandu sehingga 50KM dan balik semula ke stesen minyak x.
5. Isi tangki minyak semula hingga penuh.
6. Kira berapa ringgit dibelanjakan sewaktu isian yang kedua

Sepatutnya liter yang diperlukan pada isian kedua lebih sedikit daripada liter pada isian pertama.

Jaminan

Jika selepas membuat mileage test, didapati tiada sedikit pun peningkatan kepada mileage dan performance, wang anda akan dikembalikan dan alatan Hydro Fuel System akan dicabut semula daripada kenderaan anda.


-----PERINGATAN-----

Produk ini tetap mempunyai risiko walaupun setakat ini tidak pernah ada kemalangan berlaku. Oleh itu keselamatan adalah tanggungjawab anda. Kami tidak bertanggungjawab di atas keselamatan.

Penjimatan setiap kereta adalah berbeza. Oleh itu, saya tidak dapat claim secara tepat berapa penjimatan yang boleh anda perolehi. Cuma anggaran (menurut mereka yang telah memasang alat ini).